Latar Belakang Datuk Pua Khein Seng
Datuk Pua Khein Seng adalah
seorang yang mencipta USB pen-drive dan juga Presiden Syarikat Phison
Electronic. USB pen-drive digunakan untuk menyimpan data berukuran mini. USB
pen-drive juga digunakan untuk pemindahan data dari komputer ke parenti lain.
Walaupun bentuknya kecil, tetapi alat ini dapat menyimpan data yang berukuran
besar. Beliau telah berjaya memasarkan USB pen-drive yang diciptanya ke seluruh
dunia dan mendatangkan banyak kemudahan kepada masyarakat. Sehingga kini,
ciptaan USB pen-drive telah menjadi barang keperluan kepada setiap pengguna dan
perolehan tahunan adalah sebanyak RM 30 bilion.
Datuk Pua Khein Seng dilahirkan pada 15
Jun 1974. Tempat lahir beliau di Sekinchan, Selangor tetapi tempat tinggal
tetap sekarang adalah di Taipei, Taiwan. Keluarga beliau adalah bekerja dalam
sektor pertanian. Setiap pagi pada pukul enam setengah beliau akan menolong
bapanya untuk bekerja. Beliau belajar di sekolah rendah SJKC Yeok Kuan pada
tahun 1979-1985, dan sambung belajar di
sekolah menengah swasta Pin Hwa yang bertempat di Klang pada tahun 1986-1992. Beliau
mendapat pengijazahan di Chiao Tung
University, Taiwan dengan mengkaji dalam bidang Electrical Control Engineering
Degree pada tahun 1997 dan juga mencapai Program Master pada tahun 1999. Pada waktu Datuk Pua Khein Seng meninggalkan
Malaysia dan pergi ke Taiwan untuk menyambungkan pelajarannya di Universiti,
beliau hanya berumur 19 tahun. Beliau hanya membawa jumlah RM12,000 ke Taiwan,
dan jumlah wang ini adalah tidak mencukupi untuk menampungkan kos kehidupan
beliau di universiti. Beliau hanya boleh bergantung kepada biasiswa dengan
mendapat keputusan cemerlang dan mendapat gaji sebanyak RM300 dengan kerja
sambilan di perpustakaan setiap bulan. Beliau menjimatkan perbelanjaan
hariannya untuk menghabiskan Program Degree dan Master di Taiwan.
Setelah
menghabiskan Program Master, beliau bekerja di syarikat Taiwan selama 6 bulan.
Apabila beliau mendapat pengalaman bekerja dan kemahiran teknikal, beliau ingin
menbina sebuah syarikat elektronik di Taiwan dengan 4 orang rakan-rakan Master
program sewaktu belajar. Syarikat tersebut menfokuskan dalam pengajian USB
teknologi. Syarikat ini ditubuh pada November 2000 dan dinamakan Phison
Electronic Coparation. Selepas 6 bulan, ciptaan pertama USB drive SoC(Sistem On
Chip) telah diperkenalkan kepada seluruh dunia. Pada masa tersebut, Datuk Pua
Khein Seng hanya berumur 27 tahun dan beliau masih belum mahir untuk menjual
ciptaan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau percaya terhadap ciptaan mereka
mempunyai pasaran yang besar di seluruh dunia. Beliau memberikan idea kepada syarikat Toshiba, iaitu sebuah
syarikat menjual komputer yang terbesar di Japan pada
masa itu. Syarikat Toshiba membantu syarikat mereka menyebarkan idea mereka ke
pasaran di seluruh dunia. Syarikat Toshiba juga menjadi pemegang saham yang
paling besar di syarikat Phison.
Selepas beberapa tahun, Beliau
telah memberi banyak sumbangan kepada sektor industri Taiwan. Beliau telah
mendapat Anugerah Presiden National, Anugerah
Cemerlang, Anugerah Kecemerlangan Pengurusan daripada
Taiwan, dan Anugerah Usahawan Muda,.
Buku yang diterbit oleh Datuk Pua Khien Seng yang bertajuk ‘Fight for
themselves’ yang berbahasa cina telah dikeluarkan pada 4 Julai 2011. Isi
kandungan buku tersebut menulis tentang pengalaman beliau dan kesusahan yang
mengalami sewaktu mencipta dan memasarkan pen-drive.
Pada
tahun 2012, Datuk Pua Khein Seng ingin balik ke Malaysia untuk menubuhkan
sebuah pusat kajian elektonik dan akan berada di Penang. Tindakan ini akan
memberi banyak manfaat kepada negara kita yang terutamanya ialah boleh menarik
minat rakyat malaysia yang ingin bekerja di luar negara tinggal di negara
Malaysia dan juga untuk mengelakan orang berbakat berkhidmat untuk negara lain.
Datuk Pua Khein Seng menerima Anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN)
bersama pangkat Datuk pada Jun 2012, iaitu 11 tahun selepas beliau menceburi
bidang tersebut. Beliau juga digelarkan sebagai “Bapa Pen Drive” di Malaysia.
Beliau telah membanggakan negara dan rakyat malaysia kerana ciptaan beliau
telah mengubahkan dunia.
Ciri-ciri yang didapati dalam usahawan yang berjaya
Syarikat Phison Electronics Corporation telah mula ditubuhkan, beliau menghadapi cabaran yang
besar iaitu beliau didakwa oleh Universiti Senio dalam kes mahkamah. Hal ini
menyebabkan beliau terpaksa membayar pampasan sebanyak NT$45 juta dan Syarikat Phison
Electronics Corporation hampir muflis, tetapi
beliau mempunyai sikap menganggap kegagalan sebagai satu pilihan dan tidak
memilih melarikan diri sebaliknya terus usaha untuk mengatasi masalah ini.
Kegawatan kewangan pada tahun 2008, setiap produk dijual oleh syarikat Phison
mendapat kerugian beberapa dolar. Pada masa itu, Datuk Pua Khien Seng memilih
untuk menjual semua produk sedia ada kerana beliau tidak dapat menjangka masa
hadapan. Masalah ini tidak menyebabkan Pua Khien Seng berasa kecewa, berputus
asa dan sedih sebaliknya beliau terus usaha mencari peluang yang ada. Pada
tahun 2009, Syarikat Phison telah mendapat keuntungan semula dan meluaskan
pasaran. Ini menunjukan Pua Khien Seng seorang yang sentiasa menghadapi
halangan adalah tidak senang merasakan kekecewaan dan sentiasa menganggap
kegagalan adalah satu pilihan yang lain.
Ciri yang kedua didapati pada
usahawan Datuk Pau Khien Seng adalah proaktif.
Pada zaman
dulu, hanya mempunyai hard disk yang bersaiz besar dan tidak mudah untuk
membawanya, maka hal tersebut telah menyebabkan Datuk Pau Khien Seng mengadakan
fikiran untuk mencipta USB Flash Drive. Apabila beliau telah memikir untuk
menghasilkan produk tersebut, maka beliau juga mencari rakan-rakan belajar
sewaktu Master di Universiti untuk membantu beliau menghasilkan USB Flash Drive
dan memasarkan ke pasaran. Syarikat Phison tidak menghasilkan pemacu USB
apabila beliau mula beroperasi pada tahun 2000. Sebaliknya, ia telah membuat
pembaca kad USB. Malah, syarikat Phua merupakan pencipta “5-in-1 card reader”
yang pertama di dunia. Hal ini telah menunjukkan beliau adalah seorang
usahawan yang mempunyai sikap proaktif kerana beliau melakukan tindakan apabila
mempunyai idea.
Selepas
Pua Khein Seng memperolehi ijazah sarjana, mempunyai
seorang profesor di universiti ditawarkan kepadanya gaji
NT$5,000 sebulan untuk penyelidikan dan membangunkan pengawal memori. Profesor
menubuhkan sebuah syarikat dengan kawan-kawannya dan beliau merupakan seorang pekerja. Sebagai seorang jurutera utama dalam
syarikat tersebut,
beliau mengembara ke Korea Selatan dan Jepun untuk mesyuarat.
Dengan ini beliau terdapat masa yang mencukupi untuk mendapatkan pengalaman yang berharga. Akhirnya,
sebarang masalah dihadapi oleh pejabat menghalakan beliau membuat keputusan
untuk meninggal.
Para
pemegang saham berjanji untuk melabur NT$30 juta dalam syarikat spin-off di
mana beliau akan mempunyai peranan utama bersama-sama dengan beberapa
rakan-rakan tetapi perkara-perkara tidak dapat dijalankan dengan lancar seperti
yang dirancang dulu. Mereka menghadapi beberapa masalah pada masa itu apabila
kita telah membeli peralatan, dan sumber-sumber bersedia.
Beliau
telah bersikap mengambil risiko terbuka apabila menghadapi kesukaran yang besar
tersebut. Beliau dan rakan-rakannya
talah memikirkan langkah yang lain untuk berusaha baru. Masalah pertama ialah
memerlukan modal yang besar dan sasaran modal adalah NT$6 juta. Dengan ini,
beliau dan rakan-rakannya berharap masalah ini dapat diselesaikan melalui
pinjaman dan simpanan mereka sendiri. Melalui pinjaman, beliau telah mencari beberapa perlaburan untuk menerus perniagaannya. Beliau
tidak ingin mengaku kalah dan bersemangat untuk membuktikan diri mereka
sendiri. Dalam tempoh kajian tersebut, mereka telah bekerja selama 16 jam
sehari. Hasil beliau dan rakan-rakannya telah berjaya mencipta pendrive yang
pertama dalam setahun sahaja dan selepas itu juga dapat menarik syarikat
Toshiba untuk menjadi pemegang saham yang terbesar. Tanpa ciri mengambil risiko
terbuka, beliau tidak mungkin akan terus bergigih usaha hingga berjaya.
Ciri yang seterusnya ialah berorientasi pasukan. Datuk
Pau Khien Seng telah menubuhkan satu pasukan untuk menciptakan USB Flash Drive
pertama di dunia. Pasukan beliau mempunyai 4 orang rakan Master Universiti
sewaktu belajar. Beliau dan pasukannya telah menggemparkan dunia dengan ciptaan
Pendrive. Pada bulan September, beliau dan 4 orang rakan telah mencapai
keuntungan pertama syarikat mereka. Sebab tersebut telah saya menganggap beliau
sebagai seorang usahawan berorientasikan berpasukan yang terbilang. Lima
daripada mereka amat yakin dengan pengetahuan dan kebolehan mereka untuk
memulakan perniagaan yang memberi tumpuan terutamanya kepada teknologi USB.
Beliau dan rakan-rakannya telah berjaya membuktikan bahawa pasukan kerja yang
berorientasikan akan membawa kejayaan kepada usahawan untuk berjaya dalam
sesuatu perniagaan.
Sebelum penciptaan Pendrive,
Pua Khein Seng telah mengenalpasti masalah-masalah yang sedang dihadapi oleh
pengguna di pasaran. Pada masa itu, orang ramai tengah menggunakan hard disk
yang bersaiznya besar dan memorinya adalah terhad. Dengan ini, beliau telah
berorientasi hasil untuk mencipta sesuatu yang akan memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna bagi menyelesaikan masalah tersebut. Dengan kreatif dan
inovatif, beliau telah berjaya mencipta peranti yang dinamakan Pendrive dengan
teknologi single-chip controller flash controller pada tahun 2001.
Pendrive merupakan bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana tempat.
Penciptaan benda ini telah mendapat sambutan meriah oleh masyarakat ramai
kerana pendrive ini adalah pertama yang dicipta di dunia dengan menggunakan USB
memori sistem kawalan cip tunggal dan pendrive ini telah membaiki segala
kelemahan hard disk. Maka, produk tersebut telah menarik syarikat Toshiba untuk
membuat pelaburan terhadap syarikat Phison kerana mereka menganggap produk ini
mempunyai potensi yang tinggi untuk menguntungkan syarikat. Beliau
berorientasikan peluang ini untuk mendapatkan sokongan daripada syarikat
Toshiba. Seperti yang dianggarkan oleh syarikat Toshiba, penciptaan pendrive
ini telah berjaya mendapat keuntungan yang amat tinggi iaitu sebanyak 60 juta dolar.
Pendrive telah membawa banyak kelebihan kepada masyarakat ramai. Para pengguna
dapat menyimpan maklumat-maklumat penting ke dalam pendrive. Tidak perlu
membawa banyak hard disk untuk menyimpan maklumat-maklumat manakala boleh
menggunakan pendrive yang sebesar dengan jari untuk menyimpan maklumat
tersebut. Pada masa itu, mereka yakin bahawa bidang ini mempunyai pasaran yang
sangat besar. Akhirnya, pada Jun 2001 mereka mengeluarkan produk mereka –
Pendrive kepada pasaran dan memperolehi keuntungan pertama.
Kesimpulan
Dalam
tugasan ini, kita dapat mengetahui usahawan-usahawan yang berjaya di dunia
terkini. Mereka merupakan peranan yang penting dalam pembangunan dan
perkembangan ekonomi negara ini. Peranan usahawan bukan sahaja memenuhi
permintaan dan keperluan masyarakat tetapi juga menjalankan tanggungjawab
sosial untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat. Selain itu, kita dapat
mempelajari terhadap ciri-ciri yang terdapat dalam usahawan yang berbeza dan
menggunakan ciri yang baiknya dalam kehidupannya. Biografi yang popular juga
memberi inspirasi dan memotivasikan indivdu yang sedang menceburi dalam bidang
tersebut.
Seterusnya,
keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk
dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Keusahawanan adalah
individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong
pembahagian kekayaan. Melalui proses kretiviti dan inovasi, mereka mencipta
produk baru dan memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Malah hasil
usahawan mampu memberi kesejahteraan kepada masyarakat seluruh dunia. Ini
adalah kerana usahawan merupakan daya penggerak yang mewujud, memulakan
dan sentiasa berusaha memperkembangkan sesuatu usaha teroka yang diceburi.
Kesimpulannya, usahawan
merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara. Maju dan mundur ekonomi sesebuah negara adalah bergantung kepada
usahawan yang dinamis dan berpandangan jauh. Mereka adalah individu yang
unik dan berbeza dengan insan biasa. Ciri-ciri keusahawanan yang ada
pada individu usahawan berupaya membangunkan bukan sahaja diri usahawan
sendiri, tetapi juga bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.